Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis Sabah Dipuji Kerana Sifat Murni, Berikan Pelitup Muka Secara Percuma Daripada Kompaun Makcik Ini

today22 March 2021

Background

Umum mengetahui bahawa pemakaian pelitup muka di Malaysia adalah diwajibkan terutamanya apabila berada di kawasan awam dan tempat yang sesak seperti yang ditegaskan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Kegagalan mematuhi prosedur operasi standard berkenaan juga boleh mengakibatkan seseorang individu itu dikompaun sehingga RM10,000.

Terbaharu, tular di rata-rata media sosial mengenai seorang mak cik yang tidak memakai pelitup muka ketika pihak polis sedang melakukan spot check di Jalan Bontoi Tamparuli, Tuaran, Sabah.

Apa yang dilakukan oleh pihak polis berkenaan mengejutkan ramai pihak kerana mereka tidak mengkompaun mak cik berkenaan, sebaliknya memberikannya pelitup muka.

Makcik ini lalu tanpa memakai pelitup muka semasa anggota polis sedang melakukan tugas Snap Check.

Kemudian anggota…

Posted by Oh! Media on Sunday, 21 March 2021

Makcik ini lalu tanpa memakai pelitup muka semasa anggota polis sedang melakukan tugas Snap Check. Kemudian anggota polis bagi makcik ni pelitup muka untuk dipakai. Respect ?

Hantaran yang di muat naik di laman media Oh Media berkenaan turut mendapat pelbagai respon warganet yang memuji tindakan polis berkenaan yang disifatkan sebagai berperikemanusiaan.

Terbaik lah! Yang tua dihormati, yang muda disayangi.

 

Sumber : Facebook Oh Media

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

[VIDEO] Masuk Shopping Mall Berkain Pelikat, Wanita Ini Teruk ‘Dihentam’ Warganet

Susulan tularnya video berkenaan, ia telah mendapat 437.6K views, 6,658 likes dan 627 shares di TikTok.Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati hampir semua netizen mengecamnya kerana berpakaian tidak menutup aurat dan seolah-olah bangga memuat naik video tersebut.Malah, ada yang free hair dan bukan Islam turut merasa malu melihat seorang wanita Muslim berpakaian seperti itu.Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

today22 March 2021