Bagi peminat drama tempatan, pasti tidak terlepas untuk duduk di depan kaca televisyen sambil mengikuti drama Tak Sempurna Mencintaimu karya penulisan Rehan Makhtar yang ditayangkan di slot Akasia TV3 pada jam 7 malam sejak 29 Mac lalu.
Kini drama tersebut telah menemui episod akhir pada 27 April 2021, pelbagai respon, pujian dan kritikan diterima pengarah dan penerbit untuk drama ini iaitu Emi Suffian dan Zeel Production Sdn Bhd.
Ada yang berpuas hati dengan ending yang disusun oleh pengarah dan ada juga yang mengkritik, biasalah adat jika menonton sesuatu drama, tak semua mengikut citarasa, ya tak?
Pasti ramai yang mahu melihat behind the scene disebalik episod akhir yang ditayangkan, jom lihat momen pergaduhan antara Sirat dan Melissa yang dikongsikan oleh heroin drama ini iaitu Intan Najuwa.
View this post on Instagram
Fuh antara banyak-banyak babak yang ditayangkan, babak pergaduhan Sirat dan Melissa ini lah yang paling ditunggu-tunggu oleh penonton setelah sekian lama menyimpan perasaan ‘geram’ terhadap Melissa.
Lihat reaksi-reaksi penonton :
Baca artikel berkaitan : “Baik Tengok Cerita Korea” Penonton Bengang, Banyak Babak Pelik Dalam Drama Tak Sempurna Mencintaimu
Tidak dinafikan, kedua-dua pelakon tersebut iaitu Intan Najuwa dan Rita Nadira berjaya menghayati watak mereka dengan baik dan sememangnya memberikan penonton goosebump apabila melihat babak berkenaan.
Dalam pada itu, ada juga yang terhibur melihat reaksi abang-abang cameraman dan audioman ketika merakamkan babak tersebut, nasib tak ikut tergolek sekali!
Aduhai macam-macam kerenah. Apa-apa pun tahniah kepada team Tak Sempurna Mencintaimu!
Amacam, korang puas hati tak dengan ending drama ni?
Sumber : Instagram Intan Najuwa