Hot FM

Rendam 1,000 ‘Babi Air’, Netizen Berang Dengan Tindakan Influencer Ini

Semakin hari, ada sahaja trend yang menjadi ikutan orang ramai lebih-lebih lagi apabila trend tersebut dimulakan oleh influencer atau mereka yang terkenal di media sosial.

Baru-baru ini, trend ‘babi air’ sudah mula menjadi kegilaan sebilangan anak muda yang mempunyai banyak masa lapang semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh Malaysia.

Seorang influencer telah dikecam oleh warganet selepas beliau memuat naik video merendam sebanyak 1,000 ‘babi air’ dan dijadikan content untuk video YouTube.

Untuk pengetahuan, ‘babi air’ merupakan cool fever yang direndam di dalam air selama 24 jam sehingga ia mengembang.

Tindakan influencer tersebut telah dikecam kerana dianggap membazir apabila beliau dilihat memborong kesemua cool fever yang dijual dekat dua mini market yang dikunjunginya.

Di dalam video tersebut turut menampakkan penyanyi Asad Motawh yang turut merupakan teman rapat influencer tersebut.

Bagi mereka, pembaziran tersebut sangat tidak dapat diterima akal apabila ada orang lain yang terpaksa mencuri demi kelangsungan hidup, tetapi baginya yang mempunyai duit hanya dibazirkan untuk perkara yang tidak bermanfaat.

Setakat 24 Januari, video tersebut telah mendapat tanda tidak suka sebanyak 19,000 selepas ia dimuat naik pada 23 Januari lalu.

Cuba bayangkan, kalau ada orang yang memerlukan cool fever akibat demam, tetapi stock sudah habis disebabkan ada individu yang tidak bertanggungjawab memborong bertujuan untuk membazir dan digunakan sebagai content semata-mata.

Diharapkan trend membazir seperti ini dapat dihentikan dengan segera kerana ia akan menyusahkan orang lain yang tidak berkemampuan.

Sumber foto dan video: Instagram 

Exit mobile version