Hot FM

Sebak Tengok Anak Lelaki Suap Ibu, Michael Ang Mahu Ramai Ambil Iktibar

Terdapat pepatah mengatakan anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang bertanggungjawab mencorakkannya.

Oleh itu, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Maksudnya, bagaimana ibu bapa itu membentuk anaknya, maka begitulah sifat seseorang individu itu terjadi.

Terbaharu, penerbit Michael Ang telah memuat naik satu video memaparkan seorang anak lelaki menyuapkan ibunya makanan ketika sedang berada di sebuah hospital.

Menurutnya, menonton video tersebut membuatkan dirinya sebak dan sedikit sebanyak menginsafkan.

“Budak ni la harus di ambik contoh. Memang jarang dapat tengok budak lelaki sanggup jaga org lain kat hospital mcm ni!” tulis Michael Ang

Selain itu, beliau turut mendoakan agar keluarga tersebut sentiasa bahagia selain mengingatkan orang ramai agar terus kekal selamat.

Melalui ruangan komen pula, rata-rata turut merasakan perasaan penerbit itu, selain meninggalkan kata-kata positif:-



Sumber video: Instagram Michael Ang

Exit mobile version