Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Sedihnya Double Standard” Siap Ada Jurugambar Dan Ustaz Di Hospital, Netizen Persoal SOP Melawat Siti Nurhaliza

today20 April 2021

Background

Tanggal 19 April 2021 telah menjadi salah satu tarikh bahagia buat Dato Sri Siti Nurhaliza bersama suami dan keluarga.

Dato Sri Siti atau lebih mesra dengan panggilan Tokti telah pun selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram (kg) menerusi kaedah pembedahan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Kelahiran bayi kedua Tokti itu disambut gembira oleh suami, anak-anak kepada Datuk K, ustaz serta jurugambar dan doktor yang merawat.

Dalam pada itu, ada juga yang terdetik mempersoalkan bagaimana SOP di hospital yang didiami oleh Tokti boleh membenarkan pelawat masuk selain daripada suami kerana kebanyakan hospital tidak akan membenarkan pelawat lebih-lebih lagi untuk wanita yang baru bersalin.

Ini antara salah satu ciapan yang dimuat naik oleh pengguna di Twitter yang mempersoalkan keadilan dan SOP yang diguna pakai oleh hospital, adakah ia hanya untuk rakyat marhaen dan bukan untuk golongan artis, kayangan, menteri dan sebagainya?

Meninjau di ruangan ciapan tersebut, ramai yang memberikan pendapat masing-masing :

Kita sudah sedia maklum bahawa ketika pandemik Covid-19, hospital kerajaan tidak akan membenarkan pelawat untuk masuk kecuali satu orang penjaga mengikut tahap kronik pesakit.

Sementara hospital swasta pula lebih longgar dan tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan seperti membuat swab test terlebih dahulu sebelum melawat pesakit dan sebagainya.

Menurut sumber, ada yang mengatakan bahawa semua yang terlibat ketika menyambut kelahiran bayi kedua Tokti sudah membuat swab test sebelum melawatnya, jadi tidak ada masalah untuk mereka melawat.

Apa-apapun, daripada kita mengeluarkan kata-kata yang tidak baik di bulan Ramadan, lebih baik untuk kita sama-sama hormati dan doakan kesihatan bayi dan Tokti.

Sumber : Twitter

Written by: Fieyna Azman


Previous post

BeFunky-collage-44

Sosial

Masak Spaghetti Carbonara Dengan Cara Yang Tepat, Khairulaming Terima Pujian Chef Terkenal Singapura

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Nama Khairulaming tidak lagi perlu diperkenalkan kerana dirinya cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia. Sentiasa berkongsi resipi ringkas tapi sedap, Khairulaming berjaya mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia. Semalam, Khairulaming telah berkongsi video resipi spaghetti carbonara dan pastinya telah menjadi perhatian ramai. Lebih mengujakan, video masakan tersebut mendapat perhatian chef... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today20 April 2021