Hot FM

Selepas Aeril Zafrel, Andi Bernadee Pula Dedah Diri Terkena Buatan Sihir Kerana Dengki

Sudah masuk tahun 2021, malah zaman sudah serba canggih, akan tetapi masih ada lagi mentaliti rendah dan percaya terhadap perkara tahyul dan khurafat.

Terdahulu, kita digemparkan dengan berita pelakon terkenal Aeril Zafrel yang mendedahkan tentang percubaan ‘seseorang’ untuk menyihir dirinya dan keluarganya, kini perkara itu terkena pada penyanyi dan juga pelakon terkenal, Andi Bernadee pula.

Perkara itu didedahkan olehnya di laman Instagram milik beliau kepada umum :

Melihat kepada video yang di muat naik oleh Andi itu, menunjukkan dua paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur yang ditarik daripada bahagian tekaknya. Tak ketinggalan, katak kering juga ditemui atas bumbung kediamannya.

Menulis di ruangan kapsyen :

“Allhamdulillah, terima kasih awak ?.. Saya tak tahu apa salah saya pada awak.. Apapun ini semua ujian Allah..”

Andi mengucapkan terima kasih dan mengatakan bahawa dia tidak tahu di mana salah dan silapnya kepada individu tersebut, namun beliau akur dan terima dengan hati yang terbuka.

Dalam pada itu, ramai rakan artis dan pengikut Andi turut menumpang simpati dan berharap Andi sembuh secepat mungkin.

Sementara itu, pihak Hot FM sempat menghubungi pihak pengurusan Andi, namun apa yang boleh didedahkan setakat ini, Andi dikatakan seperti ‘hilang ingatan’ dan tidak mengenali sesiapa.

Berat sebenarnya untuk menghadapi perkara sebegini kerana ia diluar kemampuan diri kita, namun kami berharap Andi terus kuat dan jangan putus semangat.

Semoga Allah SWT terus lindungi Andi. Amin.

Berita lanjut menyusul.

Sumber : Instagram Andi Bernadee

Baca artikel berkaitan : Aeril Zafrel Dedahkan Ada ‘Seseorang’ Cuba Sihir Dirinya Dan Keluarga

Exit mobile version