Hot FM

Selepas Digelar Penyanyi No.1 Negara, Dato Aliff Syukri Berazam Mahu Jadi ‘Tiktokers’ Pula!

Laman sosial TikTok nampaknya bukan sahaja popular di kalangan personaliti-personaliti media sosial, tetapi semua orang dari pelbagai latar belakang menggunakan platform itu untuk berkongsikan kandungan kreatif masing-masing.

Seperti yang kita tahu, selebriti dan usahawan terkenal ini juga tidak ketinggalan dalam melibatkan diri dalam membuat video-video tarian di TikTok, iaitu Dato Aliff Syukri.

Keletah beliau apabila beraksi di hadapan kamera sememangnya boleh membuat orang ketawa!

Terbaharu, jika sebelum ini Dato Aliff digelar penyanyi nombor 1 Malaysia gara-gara melancarkan lagu raya berjudul “Lala Raya” sehingga mencecah jutaan tontonan, kini beliau ada berkongsikan bahawa beliau juga mahu menjadi seorang Tiktokers!

Menulis di ruangan kapsyen :

“Selain menjadi penyanyi nombor 1Malaysia saya juga boleh menjadi seorang TikToker juga… lihatlah usaha saya ni.. 10kali sy prektise…Tag member korang kaki tiktok.. raja tiktok kembali beraksi..??? penat jugaa dok jual turung @as.hijabofficial sale letop?????????”

Baca artikel berkaitan : Seminggu Trending Nombor 1 Di YouTube, Aliff Syukri Seronok Lagu Raya Dapat Sambutan

Lihat respon-respon pengikut dan rakan artis di laman Instagram beliau :

Nampaknya memang ramai terhibur dengan gelagat Dato, memang menceriakan hari-hari yang suram, lebih-lebih lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika ini.

Semoga Dato dapat jadi Tiktokers seperti yang diimpikan!

 

Sumber : Dato Aliff Syukri

Exit mobile version