Hot FM

“Semoga Kau Kena Bala” Jadi Mangsa Scammer Tasbih Dan Yassin, Ashhry Atan Rasa Bertanggungjawab

Sebagai seorang public figure atau influencer yang sering menjadi tumpuan orang ramai, pastinya akan membuatkan orang ramai menyangka setiap perkara yang mereka post atau sampaikan semuanya benar belaka.

Bagi personaliti media sosial yang juga merupakan seorang usahawan iaitu Ashhry Atan, beliau berasa bertanggungjawab apabila barangan yang telah beliau review rupa-rupanya merupakan perniagaan scammer.

Menurut posting yang dimuat naik oleh Ashhry, seorang pengikutnya telah membeli beberapa  buku yassin berserta tasbih untuk majlis perkahwinannya daripada peniaga tersebut tetapi tidak disangka pula duit beliau telah dikebas begitu sahaja.

Kata mangsa, pembayaran sudah dibuat pada pertengahan bulan 12 tahun 2020 tetapi sehingga kini wang tidak dikembalikan walaupun barang turut tidak kelihatan sehingga kini.

“Aku bertanggungjawap dengan posting ni sebab aku yang promot dulu dia sebab aku kesian katanya tak laku. Mula sorang sorang yang ngadu aku cakap dia tak post, dia menipu. Lepas tu aku geramlah. Aku dm dia ni. Lepas tu dia boleh pulak nak marah aku balik and buat apa nak tipu dia jual yasin and tasbih.”

Ashhry turut telah bertanyakan perkara tersebut kepada seller berkenaan namun tanpa disangka beliau telah disekat oleh pemilik Instagram tersebut.

Tambah Ashhry lagi, terdapat 10 orang individu turut telah tampil memberitahu bahawa mereka turut menjadi mangsa terhadap seller berkenaan.

Alahai, sampainya hati scam orang macam tu sekali?

Elok-elok jual barang yang mendatangkan pahala tapi akhirnya merugikan orang lain pula.

Semoga perkara ini akan selesai dengan secepat mungkin supaya semua mangsa dapat menerima semula wang mereka.

Sumber foto: Instagram Ashhry Atan

Exit mobile version