Dulu berdua, kini bertiga! Geng Pagi Hot (GPH) kini sudah lengkap dengan kehadiran sekuntum ‘bunga’ iaitu Riena Diana dan juga geng baharunya Mark Adam dan Fizie.
Tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah, pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Hun Haqeem yang juga merupakan ‘boyfriend’ Riena menerusi drama rantaian Kampung People meluahkan rasa bangga terhadap Riena yang kini sudah menjadi penyampai radio di Hot FM menerusi satu panggilan video bersama GPH.
View this post on Instagram
Menerusi panggilan video itu, Hun ataupun lebih mesra dipanggil Jekfer sempat memberi pesanan kepada Riena,
“Saya cuma nak cakap saya bangga sangat dengan awak tau, awak ni bagus lah, tapi awak jaga diri tau, awak jangan nakal-nakal sangat dekat sana. Mark memang kelakar, tapi saya lagi kelakar”
“To Mark dan Fizie, kalau saya dapat call je dari Lailer, know know sampai k!”
Wahhh protective betul Jekfer ni ya!
Jaga-jaga Fizie dan Mark, jangan buat hal dengan Lailer okay.
Tiba-tiba rindu pula nak tengok Jekfer dan Lailer dalam Kampung People.
Baca artikel berkaitan : [TERKINI] Riena Diana Sah Sertai Hot FM Sebagai Penyampai Radio