Connect with us

Onz

“Soal Berhijab Ini Amat Peribadi” Fazura Terkilan Kenyataan Diberi Kepada Wartawan ‘Misleading’

Soal penghijrahan amat peribadi buat selebriti ini dan mahu ia menjadi rahsia antara dirinya dan Allah SWT sahaja…

Published

on

Bagi yang mengikuti perkembangan selebriti terkenal yang memiliki pengikut seramai hampir 6 juta di laman Instagram iaitu Fazura, pasti perasan kebelakangan ini beliau sering tampil dengan imej berhijab di rata-rata laman sosialnya.

Bukan sahaja perkara itu mengundang persoalan ramai netizen termasuk pengikutnya yang tertanya-tanya adakah beliau benar-benar berhijrah, malah pihak media juga berlumba-lumba mendapatkan kepastian beliau mengenai perkara tersebut.

Fazura Bertudung Setiap Kali Ramadan - 7 Gambar Cantik Fazura

Namun baru-baru ini, Fazura tampil meluahkan rasa terkilan apabila salah seorang wartawan daripada sebuah portal terkenal yang telah mendapatkan penjelasan beliau mengenai perkara tersebut, telah mengubah tajuk artikel kepada tajuk yang berlainan daripada apa yang telah di draf sebelumnya.

Lihat hantaran yang di muat naik oleh Fazura di IG story miliknya :

“Bismillahhirahmanirahim.

Semoga dapat membuat pembetulan kesilapan di headline ini yang diubah oleh editor yang mengemaskini article ini. Soal ini amat lah peribadi buat Faz dan seboleh-bolehnya faz tak pernah mahu berkata apa-apa kerana biarlah ianya menjadi rahsia Faz dan Allah SWT sahaja.

Ramai rakan wartawan juga sudah sedia maklum yang Faz memang tak suka sentuh isu ni kerana isu ibadah amat lah bersifat peribadi buat Faz. Headline ini amat berbeza dari maklum balas ringkas yang Faz berikan pada rakan wartawan yang juga penulis article ini.

Faz sangat sedih bila perkara ini digembar gemburkan sebegini dan dengan kenyataan yang sangat misleading.”

Baca artikel berkaitan : Tak Mahu Buat Pengumuman Publisiti Jika Sudah Berhijab, Fazura Cantik Bertudung Kerana Allah

Menurut Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura binti Sharifuddin, soal penghijrahan adalah terlalu peribadi buat dirinya, disebabkan itu beliau hanya menjawab ringkas “Insyaallah, doakan saya” tanpa memberi jawapan ya ataupun tidak bahawa beliau sudah berhijab.

Namun beliau tidak menyangka jawapan yang diberi ringkas olehnya itu telah diubah kepada kenyataan yang berlainan daripada apa yang dikatakannya.

Dalam pada itu, Fazura juga telah memuat naik tangkap layar perbualan bersama wartawan tersebut di laman IG story miliknya :

Nampaknya Fazura sememangnya tidak mahu mengulas apa-apa mengenai penghijrahan itu dan berpendapat lebih baik jika artikel tersebut dipadamkan.

Walaupun selebriti cantik manis ini tidak mendedahkan bahawa beliau sudah benar-berhijab ataupun tidak, namun rata-rata peminat dan netizen menyambut baik niat murninya itu dan mendoakan semoga isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berhijab sepenuhnya.

Memetik laporan dari portal Kosmo! sebelum ini, Fazura pernah memberitahu bahawa jika benar beliau sudah bersedia untuk berhijrah, beliau tidak akan membuat sebarang pengumuman tentang penghijrahannya itu.

Kami di Hot FM menghormati keputusan beliau dan mendoakan semoga dirinya sentiasa istiqomah dan dirahmati Allah SWT.

 

Sumber : Instagram Fazura

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di