Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Sweet Macam Semut” Wan Emir Cuba Buat Surprise, Netizen Teruja Lihat Reaksi Mira Filzah!

today4 March 2021

Background

Semakin hari semakin manis melihat pasangan merpati sejoli ni.

Nampaknya sudah hampir 7 bulan pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar diijabkabulkan.

Mengikuti perkembangan terbaharu mereka, baru-baru ini Wan Emir membuat kejutan kepada Mira, yang juga hasil kolaborasi beliau bersama sebuah jenama pakaian wanita!

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Melihat di dalam video berkenaan, Wan Emir memberitahu bahawa dia mahu membuat kejutan kepada Mira, siap melakukan babak  ‘unboxing’ sekali!

Akan tetapi lucu pula bila melihat reaksi Mira bila kena surprise dengan Wan Emir, muka nampak sangat terkejut dan tidak sangka suaminya boleh lakukan kejutan seperti itu.

Alahai comelnya, walaupun nampak macam malu-malu dan kekok di situ tapi effort Wan Emir memang A++!

Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji sifat romantis Wan Emir, malah ada juga yang mengatakan ada penampakan baby bump di perut Mira. Wow!

Kalau betul Mira dah mengandung, sama-sama kita doakan agar kandungan Mira berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Amin!

Sumber : Instagram Mira Filzah

Baca artikel berkaitan : Selepas Nora Danish, Mira Filzah Pula Terjebak Dengan Dunia TikTok!

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

Ini Yang Patut Anda Dilakukan Sebagai Pelajar Selepas Selesai Menduduki Peperiksaan SPM

Pasti ada yang berpendapat mahu kerja secara sambilan dulu, tak salah benda itu. Sementara tunggu keputusan SPM keluar, bolehlah lakukan perkara-perkara yang bermanfaat seperti kerja sambilan dan berniaga. Bagaimanapun, menurut Puan Azrin, pensyarah di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Sepang, dalam zaman pandemik ini mungkin pelajar-pelajar berasa sedikit runsing dengan hala tuju mereka. Jadi, ibu bapa boleh memainkan peranan berbincang dengan anak-anak untuk tentukan matlamat... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today4 March 2021