Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Syed Saddiq Kongsi TikTok ‘How To Be A Good Husband’, Ramai Gadis Tak Keruan

today4 November 2020

Background

Siapa yang tak kenal dengan ahli politik muda yang juga seorang ‘tiktokers’ tegar, YB Syed Saddiq.

Setiap minggu pasti ada sahaja video-video menarik yang dikongsikan oleh YB kepada para pengikutnya.

Kali ini YB tampil lagi dengan satu video TikTok hasil kolaborasi bersama dua pengamal politik iaitu Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin dengan topik “How To Be A Good Husband”!

“Musim parlimen kembali dan ini adalah saya mendengar nasihat yang paling penting dari 2 wanita hebat Malaysia. Ok saya sudah bersedia sekarang!” – Tulis YB Syed Saddiq

Melihat kepada kandungan di dalam video itu, YB Hannah, YB Yeo Bee Yin dan YB Syed Saddiq dilihat memberi nasihat kepada semua para lelaki bagaimana cara untuk menjadi suami yang baik.

Antara point yang diberi adalah:

  1. Sentiasa berkongsi beban kerja rumah

  2. Bertanggungjawab bersama-sama menjaga anak-anak

  3. Tidak melakukan keganasan rumah tangga

  4. Pastikan anda tidak membuat isteri bercakap seperti ‘doraemon’

Wahh kreatif betul YB ni. Point yang diberi juga adalah nasihat yang baik untuk dipraktikkan kepada semua para lelaki dan bakal suami di luar sana.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata memberi komen yang positif tetapi yang paling menarik perhatian adalah apabila melihat ramai gadis-gadis yang mahu menjadi isteri YB Syed Saddiq.

Bukan itu sahaja, ramai yang berpendapat YB Syed Saddiq bakal menamatkan zaman bujangnya.

Alahai ada-ada je korang ni eh!

Written by: Fieyna Azman

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *