Hot FM

Tak Perlu Bergaduh Tentang Makanan, Rakyat Terkejut Raja Permaisuri Agong Perkenalkan Laksa Pahang

Isu perbezaan laksa menjadi perdebatan warganet terutamanya di Twitter.

Ada yang membahaskan jenis laksa yang digunakan, malah ada pula yang persoalkan ikan apa yang diletakkan dalam kuahnya.

Tenang!

KDYMM Raja Permaisuri Agong ada memberi reaksi tentang perkara ini melalui Instagram baginda.

Baca artikel berkaitan: Terpisah Dengan Putera-Putera Kerana Patuh SOP, Rakyat Puji Raja Permaisuri Agong Tunjuk Teladan Baik

Melalui hantaran tersebut, baginda menasihatkan supaya orang ramai tidak perlulah bergaduh tentang makanan itu.

“kita jangan bergaduh pasal laksa ok …. tepuk dada tanya selera …. ikan apa pun boleh … udang hidup , udang kering atau ikan masin … yg penting, tumis betul2 dan cukup rempah , main api sehingga naik minyak … “

Melalui caption tersebut juga, Raja Permaisuri Agong ada menyebut tentang Laksa Pahang.

laksa pahang pun sedap …. sy gabungkan kuah johor dan pahang ! sy hidangkan bersama laksa beras, laksa tepung dan laksa spaghetti …. laksa pahang juga sedap sangat , tidak di tumis , cara masaknya berbeza tapi rasanya agak sama dgn kuah laksa johor ! sy suka laksa beras dan laksa tepung , dimasak atas kayu api …. bau nya sedap !

Wah, teruja pula untuk merasa Laksa Pahang.

Sementara itu, ramai yang menulis pada ruangan komen tentang pendapat mereka tentang Laksa Pahang yang baru diketahui kewujudannya.

Apapun, jika dilihat daripada foto yang dikongsikan baginda, pasti teringin untuk mencuba makanan yang dimasak tersebut, kan?

 

Sumber: Instagram Raja Permaisuri Agong

Exit mobile version