“I saw recently video yang isteri dia lately menangis. Isteri dia menangis pun nak rakam masuk youtube and buat content. Bod*h ke?”
Niat hantaran hanya ingin memohon maaf kepada isteri dan dipertontonkan menerusi video di khalayak umum namun perihal lain pula yang menjadi perhatian para netizen.
Baharu sahaja selesai isu dakwaan menghina pakaian tradisional orang Iban, instafamous terkenal, Ryzal Ibrahim sekali lagi diselar sebagai seorang yang tidak mempunyai sensitiviti kerana menceritakan mengenai kisah silam isterinya, Maryam You Narae.
Memuat naik video permohonan maaf kepada isterinya Maryam, atas segala kesilapan yang telah dilakukan, Ryzal didakwa telah membuka aib isterinya sendiri dek kerana bercerita kepada umum soal murung dan cubaan meragut nyawa sendiri yang pernah terlintas di fikiran isterinya terdahulu.
View this post on Instagram
Hantaran tangkap layar skrin video berkenaan telah menjadi tular di laman sosial apabila orang ramai mulai marah akan isu peribadi yang terlalu dikongsikan kepada umum oleh pasangan lucu instafamous tersebut.
Rata-rata warganet menyifatkan tindakan Ryzal sebagai seorang yang tidak sensitif akan keadaan isteri yang sedang sarat mengandung selain didakwa sering memperlihatkan Maryam sebagai ‘bahan laris’ video milik mereka.
Meskipun ramai yang mengecam dan membuat pelbagai tomahan kepada pasangan berkenaan, niat Ryzal ingin memohon maaf kepada isterinya tidak perlu disalah erti meskipun tindakaan berkenaan dipertontonkan kepada khalayak umum.
Menerusi video permohonan maaf tersebut, Maryam jelas sedia memaafkan khilaf suaminya itu dan berasa tersentuh akan sikap suaminya yang sudah mengakui kesalahan.
“Sudah-sudah la tu kecam diorang ni, biasala baru-baru nak up kadang tu ada benda yang terlebih terkurang…maafkan saja mereka berdua, jangan hina orang yang tak bersalah dah hal ni”
Mungkin apa yang ingin dimaksudkan Ryzal itu hanyalah sekadar perkongsian yang tidak berniat untuk membuka aib atau sebagainya, apa yang pasti cerita yang ingin dikongsikan itu semestinya sudah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak sebelum ditayangkan.
Usah membuat sebarang spekulasi melulu, jangan hanya tahu mencari kesalahan orang sahaja.
Benar, tidak salah untuk memberi nasihat dan pandangan masing-masing namun jangan menilai peribadi seseorang itu hanya pada satu kesilapan sahaja.
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Instagram Ryzal Ibrahim dan Twitter