Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tarik Diri Dari Penggambaran Filem Demi Keselamatan Diri Dan Krew, Inisiatif Baik Hafreez Adam Dipuji Ramai!

today21 May 2021

Background

Penularan wabak Covid-19 di Malaysia ketika ini semakin membimbangkan, mana tidaknya, kes harian sahaja sudah mencecah 6 ribu kes dan tidak mustahil ia akan pergi lebih tinggi dari angka tersebut.

Ada sesetengah orang di luar sana masih ingkar dan tidak mematuhi SOP dan ada juga yang sedaya upaya mengambil inisiatif sendiri untuk keluar hanya apabila betul-betul perlu dan turut menjaga SOP.

Itu inisiatif yang diambil oleh pelakon Hafreez Adam yang membuat keputusan untuk menarik diri dari penggambaran filem Seratus The Movie baru-baru ini disebabkan beliau adalah kontak rapat kepada individu yang dijangkiti Covid-19.

Perkara itu didedahkan oleh Hafreez sendiri di laman Instagram miliknya :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

Menurut Hafreez, beliau merupakan kontak rapat kepada kenalannya, namun sudah melakukan swab test dan beliau disahkan bebas dari virus tersebut.

Tidak mahu mementingkan diri sendiri, Hafreez berkata demi kebaikan diri dan orang di sekeliling, beliau bertindak mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari penggambaran filem tersebut demi keselamatan semua.

Mengakui ralat dengan penarikan diri dari filem tersebut, namun usaha dan inisiatif beliau dipuji ramai.

Lihat respon-respon pengikut Hafreez di Instagram :

Good job Hafreez! Sememangnya usaha yang wajar diberi pujian.

Mari contohi usaha baik Hafreez dan terus patuhi SOP dengan mengamalkan jarak fizikal, cuci tangan dengan kerap dan pakai pelitup muka ya.

Sumber : Instagram Hafreez Adam

Written by: Fieyna Azman


Previous post