Hot FM

Terima Bayaran RM1,800 Tapi Tak Buat Review, Pemilik Kedai Mahu ‘Influencer’ Kembalikan Wang

[post-carousel-pro id=”49329″]Sekarang ini ada banyak cara boleh dilakukan untuk menjana pendapatan, sama ada secara tetap atau separuh masa sahaja.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menjadikan kerjaya social media influencer sebagai kerjaya tetap kerana kerjaya seperti itu dilihat lebih menguntungkan dalam masa yang singkat.

Namun semenjak 3 Disember lalu, nama seorang influencer mula disebut kerana dikatakan telah menipu sebuah perniagaan makanan di laman Instagram.

Difahamkan influencer tersebut telah menerima wang sebanyak RM1,800.00 tetapi masih lagi belum memuat naik video atau foto bagi tujuan membuat review.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik Instagram @annshellbox , pembayaran telah dibuat pada 16 November lalu namun sehingga 4 Disember, masih tiada apa-apa update daripada pihak influencer tersebut.

Mereka memberi masa selama 24 jam untuk influencer tersebut memulangkan semula pembayaran yang telah dibuat.

Sebelum ini, nama influencer tersebut turut pernah menjadi bualan hangat di bibir peniaga kecil disebabkan itu seperti ini.

Influencer tersebut dikatakan telah melakukan perkara yang sama terhadap ramai lagi peniaga lain namun isu itu hanya tamat disitu sahaja.

Harapnya isu ini dapat diselesaikan dengan cepat, takut pula nanti kalau dibiarkan makin berpanjangan pula.

Exit mobile version