Ajal, maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah S.W.T tetapi kalau bab perkahwinan, kita sebagai manusia biasa juga perlu berusaha untuk mendapatakan jodoh yang baik.
Mungkin akibat terlalu lama menunggu jodoh datang bergolek, pengasas kosmetik iaitu Anas Zahrin kini mengambil keputusan untuk membuka hatinya kepada mana-mana wanita yang ikhlas dan sudi untuk menjadi isterinya.
View this post on Instagram
Anas dalam posting terbaharunya memberitahu bahawa beliau bersedia untuk bercinta selepas kahwin dan akan terus bernikah dengan wanita tersebut.
Posting Anas telah membuatkan ramai teman rapatnya berasa terkejut dan tidak menyangkakan perkara tersebut akan berlaku.

Dalam masa yang sama, Anas turut kongsikan satu Direct Message yang diterima olehnya daripada seorang wanita.
View this post on Instagram
DM tersebut memberitahu bahawa wanita tersebut sudi untuk menjadi isteri Anas dan tidak mahu selingdungkan lagi perasaannya kepada pengasas tersebut.
Wow, betul la kata orang kalau dah jodoh tak kemana ya?

Agak-agak Anas terus terima wanita tersebut atau macam mana?
Apa pun kita tunggu sahaja update terbaharu daripada Anas nanti ya!
Sumber foto: Instagram Anas Zahrin