Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Terkejut Tengok Da’i Syed Jadi Duta Produk, Ini Komen Warganet Berkaitan Isu Masalah Selebriti

today8 March 2021

Background

Sebagai selebriti, mereka juga manusia biasa sama seperti kita yang tak terlepas daripada melakukan kesilapan dan siapa lah kita untuk terus menghukum mereka atas kesilapan lalu yang pernah dilakukan.

Seorang pengguna Twitter telah meluahkan perasaannya berkaitan isu masalah disiplin beberapa selebriti tempatan yang mana walaupun pernah membuat kesilapan, mereka masih mendapat peluang kedua daripada peminat dan orang ramai.

Menurutnya, perkara itu jauh sekali berbeza jika dibandingkan dengan selebriti di Korea yang mana sekiranya mereka melakukan kesilapan, pastinya kerjaya seni mereka akan berada dalam keadaan yang goyah.

Isu yang diketengahkan oleh pengguna Twitter itu ialah berkaitan kes kesalahan rogol yang melibatkan pendakwah selebriti iaitu Da’i Syed.

Kini, Da’i Syed dilihat telah menjadi duta kepada sebuah produk kecantikan tempatan serta dikatakan bakal mengeluarkan produk makanan sendiri selepas ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut merasakan bahawa selebriti yang bermasalah tidak sepatutnya mendapat perhatian sehingga dijadikan duta sesebuah produk.

Seperti yang kita tahu, industri seni di Korea sangat tegas yang mana sekiranya selebriti mereka terlibat dengan masalah disiplin, mereka tidak akan dibenarkan muncul di mana-mana stesen televisyen.

Namun berbeza pula di Malaysia apabila netizen menyifatkan ada sebahagian daripada kita masih lagi membela selebriti yang secara jelas membuat kesalahan besar.

Apa pun, siapa lah kita untuk menghukum kesalahan seseorang itu kan?

Doakan yang baik-baik sahaja lah ya!

Sumber foto: Twitter dan Instagram Da’i Syed

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

“Jaga-Jaga, Nak Tengok Wayang Sekarang Pun Ada Roadblock”

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @shahfahzan, dia telah berkongsi beberapa keping foto keadaan di sekitar panggung wayang yang dijaga oleh polis dan askar.Anggota keselamatan berkenaan yang bertugas di depan pintu dan juga di dalam pawagam telah membuatkan ramai merasa cuak dan tidak selesa untuk menonton wayang kerana diperhati setiap masa. Namun, apa yang melucukan adalah apabila netizen meninggalkan pelbagai komen lucu di ciapan tersebut sehingga ada yang terlalu overthinking... Klik […]

today8 March 2021