Hot FM

Tiada Adab, Ramai Berang Dengan Foto Pelajar SPM Conteng Baju Dengan Kata “F*** Cikgu”

Umum mengetahui bahawa pelajar-pelajar SPM bagi tahun 2020 kini sedang menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga akhir bulan Mac, tetapi ada juga yang telah tamat subjek lebih awal dan meraikannya bersama rakan-rakan.

Namun ada pula pelajar yang bersikap kurang sopan meraikan hari terakhir mereka di sekolah baru-baru ini dengan menconteng baju dengan perkataan carutan sambil menaiki motor sehingga tular di rata-rata media sosial.

Foto yang di muat naik oleh Twitter Virall itu mendapat perhatian ramai yang berang dengan tindakan pelajar tersebut yang langsung tidak menghormati guru.

Pelbagai respon yang diberikan, kami hanya mampu mendoakan supaya adik-adik ini tidak terjerumus ke dunia yang salah dan berjaya di masa depan. Amin.

Sumber : Twitter Viral

Exit mobile version