Setiap manusia melakukan kesilapan dan tidak semua manusia mempunyi sifat sempurna kan?
Maka dengan itu, seorang personaliti media sosial yang dikenali sebagai Nur Hamira secara tidak sengaja tertumpahkan empat mangkuk mi segera sebelum sempat menikmatinya bagi content video di channel YouTube miliknya.
View this post on Instagram
Ketika itu Mira sedang memegang mangkuk tersebut dan secara tidak sengaja adik perempuannya datang dari belakang dan memeluknya sehingga terjatuh.
Video pendek tentang kejadian itu dikongsikan sendiri oleh Mira di laman Instagram miliknya itu telah menerima pelbagai respond daripada warganet.

Ada antara mereka yang terhibur, terkejut dan ada juga yang berasa berang kerana berlaku pembaziran di situ.
Untuk makluman, Mira seorang influencer yang terkenal dengan cara review unik dan tersendiri sehingga membuatkan segelintir warganet berasa pelik dengan caranya itu.
Sebelum ini, beliau pernah sahur dengan menikmati semangkuk cheese serta minum dua mangkuk besar minuman coklat!
View this post on Instagram
Aduh ini bukan lain daripada yang lain tapi sangat pelik tau, risau jadi pembaziran pula.
Tapi sebenarnya mereka tak buang pun, sebaliknya dimasukkan semula ke dalam mangkuk dan teruskan menikmati mi segera yang tertumpah itu.
Baca juga artikel berkaitan: