Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tunai Kewajipan Bayar Zakat, Tapi Ada Pula Yang Cakap Aliff Syukri Menunjuk

today4 March 2021

Background

Membayar zakat adalah satu kewajipan untuk setiap orang Islam yang cukup syaratnya.

Begitu juga buat usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri yang melaksanakan kewajipan itu.

Beliau memberitahu perkara tersebut melalui satu hantaran di Instagram miliknya pada 4 Mac 2021.

Hantaran beliau berkenaan disertakan dengan doa pada ruangan caption.

Selain memohon agar dipermudahkan segala urusannya dan orang ramai, Aliff juga berharap dirinya diberi kekuatan iman dan ketabahan dalam mengendalikan perniagaan.

Beliau berharap zakat yang disalurkan tersebut dapat meringankan beban orang yang memerlukan.

Sementara itu, perkongsian beliau mendapat pujian daripada para netizen di ruangan komen.

Bagaimanapun, ada juga yang mengira bahawa tindakan beliau berkongsi perkara itu di media sosial adalah untuk menunjuk-nunjuk.

Apapun, ayuh kita pandangnya dari sudut positif.

Semoga perkongsian beliau dapat memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menjalankan tanggungjawab mereka pula.

 

Baca artikel berkaitan: Aliff Syukri Tunjuk Ikan Besar Belaannya, Keterujaan Yusoff Ini Pula Menarik Perhatian

Sumber: Instagarm Datuk Seri Aliff Syukri

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

beeple_crossroads_1200

Sosial

Lelaki Ini Mendadak Kaya, Jual Video Animasi Berdurasi 10 Saat Pada Harga RM26 Juta

Video animasi 3D berdurasi 10 saat dijual dengan harga USD$ 6.6 juta atau sekitar RM26 juta. Penjualan video ini menggegarkan dunia digital kerana harganya yang luar biasa dan kisahnya yang hebat. Pada mulanya, video ini adalah milik artis digital, Beeple. Kemudian ia dibeli oleh seorang pengumpul seni, Pablo Rodriguez-Fraile, yang menghabiskan hampir USD$ 67,000 atau sekitar RM270,000 pada Oktober tahun lalu. Pablo kemudiannya menjual semula video terbabit dengan harga USD$ […]

today4 March 2021