Gara-gara satu ciapan gurauan di internet pada 17 Januari 2021 mengenai seorang aktres dan pelakon veteran terkenal, nama Kavita Sidhu dan Norlia Ghani menjadi perbualan hangat netizen dan terus trending di laman sosial Twitter.
Selepas Norlia Ghani ataupun ‘Mama Norlia’ memberi penjelasan berkenaan perkara itu, kini Kavita yang juga peragawati berdarah Punjabi pula menjelaskan desas-desus yang sedang hangat diperkatakan.
Memuat naik kenyataan di laman sosial Instagram miliknya @kavita_sidhu, Kavita meminta pengikutnya supaya tidak merendahkan sesiapa pun.
Menulis di ruangan kapsyen ;
“Now more than ever, we need to be kind to each other.
Feeling so bad when I read a now viralised tweet about Puan Norlia Ghani and I. Please stop demeaning anyone. Respect her as a senior, a veteran film star, as someone’s mother. Stop retweeting dishonouring another woman. How would you like it if netizens say hurtful things about your mother, your aunt, your friend ? Please be mindful of what we say. Puan Norlia Ghani is my friend’s mother. Thank you ??”
Katanya disebabkan ciapan itu, dirinya berasa kurang senang dengan apa yang berlaku terhadap pelakon veteran, Mama Norlia.

Bekas peragawati itu turut meminta semua netizen supaya menghormati Mama Norlia sebagai seorang warga emas dan berhenti menyebarkan ciapan yang tidak bermoral itu.
Mengulas lanjut, beliau turut berkata, Mama Norlia adalah rakan kepada ibunya, Kavita turut memohon kepada semua pengikutnya supaya berbuat baik antara satu sama lain.
Sumber: Instagram Kavita Sidhu
Baca artikel sebelum ini : Norlia Ghani Santai Jawab Gurauan Netizen, Apa Reaksi Kavita Sidhu Pula?