Kemenangan Terengganu FC (TFC) ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada malam 24 April 2021, adalah sesuatu yang mengagumkan.
Ia kerana TFC berjaya memecahkan rekod tanpa kalah JDT di laman sendiri selama 21 bulan.
Mengakui kehebatan TFC, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengucapkan tahniah kepada para pemain TFC.
View this post on Instagram
Baca artikel berkaitan: CP Khaleeda Dedah Pertemuan Pertama Dengan TMJ
Video yang dikongsikan melalui Instagram penyokong kelab JDT itu menunjukkan TMJ bertemu dengan pemain-pemain TFC di bilik persalinan untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan dan bersalaman dengan mereka.
Melalui caption:-
“Tunku Mahkota Johor sempat meluangkan masa ke tempat persalinan Terengganu FC sejurus selepas perlawanan malam tadi berakhir bagi mengucapkan tahniah di atas kemenangan mereka ke atas JDT 0-1. Siap boleh minta izin untuk nak masuk ucap tahniah, sangat RESPECT pada TMJ!????
#johordtfc”
Kunjungan TMJ disambut baik oleh semua yang berada di bilik tersebut.
Sementara itu, banyak komen yang ditinggalkan berdasarkan tindakan yang ditunjukkan oleh TMJ berkenaan.
Nampaknya Liga Super musim ini akan menjadi lebih menarik dengan pasukan-pasukan hebat yang bersaing.
Sumber: Instagram JOHORDTFC Supporters