Kehebatan bintang media sosial, Mohamad Sofian dalam penyuntingan video memang tidak dapat disangkal lagi.
Karyanya juga mendapat perhatian bintang antarabangsa seperti Zach King dan Will Smith.

Terbaharu pada 3 Februari 2021, beliau telah memuat naik satu video di Instagramnya dengan versi lagu Terpesona namun berbeza penyampaiannya.
Buat yang menonton video tersebut, pasti merasa seram kerana video itu benar-benar mewujudkan elemen jump scare yang boleh memeranjatkan penonton.
Melalui caption:-
“Terpeson aku.. ?
Video ni ada 3 versi, kalau nak tengok lagi 2 versi, korang boleh tengok di youtube sy tau, klik link di bio. ??♂️
P/s : VIDEO NI ADA JUMPSCARE “
Sementara itu di ruangan komen, ramai pengikut akaunnya itu menyatakan bahawa video itu menjadi dan membuatkan mereka terkejut.
Sumber: Instagram Mohamad Sofian