Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wawa Zainal Terima DM Dari Wanita Tidak Dikenali, Dakwa Aeril Zafrel Ajak Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh…

today26 February 2021

Background

Baharu sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 9 tahun, pelakon dan usahawan terkenal iaitu Wawa Zainal baru-baru ini menerima direct message ataupun DM daripada individu yang tidak dikenali, mendakwa suaminya, Aeril Zafrel melakukan perbuatan yang tidak senonoh dengan wanita tersebut.

Tidak semena-mena, tiada angin tiada ribut, wanita itu menghantar DM dengan penulisan yang seakan di google-translate,  mendakwa Aeril menghantar mesej kepadanya mengajak melakukan ‘sesuatu’ di sebuah hotel di Melaka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Bertindak untuk memaparkan kepada umum mengenai perkara tersebut, Wawa memuat naik screenshot DM itu di laman Instagram miliknya dengan kapsyen,

“macam yall la?? serem betul ya zaman skg ni” tulis Wawa

Fuh nasib baik Wawa tenang dan tidak cepat melatah, malah Aeril juga dilihat sempoi meninggalkan komen di hantaran yang di muat naik oleh Wawa itu :

Aduhai sempat lagi dia melawak ye!

Melihat di ruangan komen, ramai yang terkejut dan ketawa melihat cara penulisan wanita itu, malah pelbagai respon yang diberikan.

Lihat sahaja komen-komen mereka ini :

Come on lah guys, dah 2021 cuba lah cari lelaki atau perempuan yang single, banyak lagi kumbang dan bunga kat luar sana tu yang masih mencari jodoh.

Jangan sibuk mengganggu rumahtangga orang lain tau, takut terkena dekat batang hidung sendiri. Eh!

 

 

Sumber : Instagram Wawa Zainal

Baca artikel berkaitan :  Pernah Minta Cerai Daripada Aeril Zafrel, Wawa Zainal Hargai Kesabaran Suami

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

[VIDEO] Ibu Terkejut Tengok Lepas Anak Selamba Sapu ‘Balm’ Ingatkan Pomade Rambut

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga terkejut dan terhibur melihat reaksi kanak-kanak tersebut yang disangka pomade.Malah, ada juga yang bimbang dengan keadaan kanak-kanak itu memandangkan balm jika disapu sikit pun sudah berangin.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3,339 likes, 228 comments dan 183 shares di TikTok.Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: 

today26 February 2021