PETALING JAYA: Human Rights Watch (HRW) meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail selepas Hari Raya Aidilfitri untuk berbincang mengenai pelbagai isu, kata timbalan pengarah HRW Asia, Bryony Lau.
“HRW belum boleh lagi berjumpa dengan menteri dalam negeri tetapi kami sering berkomunikasi mengenai kesediaan kami berbuat demikian.
“Kami menunggu peluang untuk bertemu dengan menteri selepas cuti Hari Raya,” kata Lau kepada FMT.
Beliau berkata, pejabat Saifuddin ada berhubung dengan pihaknya pada Isnin lalu untuk mengaturkan pertemuan hari ini.
“Bagaimanapun, kami tidak dapat dan memohon tarikh alternatif pada April, dan mengulangi kesediaan kami untuk bertemu,” katanya tanpa mengulas mengapa pertemuan hari ini tidak dapat diteruskan.
Terdahulu hari ini, Saifuddin berkata HRW…