

Perdana Menteri Anwar Ibrahim beri jaminan hubungan erat antara kerajaan persekutuan bawah pimpinan beliau dengan kerajaan Sarawak dan Sabah akan terus diperkukuh berteraskan semangat saling menghormati dan kepercayaan.
Perkara itu antara yang dibincangkan beliau bersama-sama Premier Sarawak Abang Johari Openg dan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor di Bandar Seri Begawan, Brunei.
Abang Johari dan Hajiji antara pemimpin dalam delegasi Malaysia bagi rundingan tahunan pemimpin Malaysia-Brunei ke-27 (ALC-27).
Anwar berkata antara perkara yang turut disentuh dalam pertemuan itu ialah persediaan menjelang mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang dijadual berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah dalam tempoh beberapa minggu lagi.
“Kami turut bertukar…