
Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) Kedah menolak kemungkinan kerjasamanya bersama Barisan Nasional (BN) berisiko retak susulan isu jawatan timbalan pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN).
Pengerusi Amanah Kedah Asmirul Anuar Aris berkata beliau yakin kemelut itu yang dibangkitkan dua pemimpin Umno Kedah baru-baru ini boleh diselesaikan secara baik.
Menurutnya, PH akan membincangkan perkara itu pada mesyuarat dijangka selepas pemilihan PKR untuk melengkapkan barisan kepimpinan komponen itu terlebih dahulu.
“Isu ini boleh diselesaikan secara baik di peringkat pusat dan negeri…saya tak nampak perkara ini boleh jejaskan hubungan PH-BN Kedah.
“Hubungan kita baik, banyak program bersama sempena PRK Ayer Kuning dan Februari lalu telah mengadakan konvensyen perpaduan,” katanya kepada FMT.
Minggu lalu, Ketua Penerangan Umno…