Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hubungan Umno-PAS sukar dipulih walau ada seruan muzakarah, kata penganalisis

today12 May 2026

Background


muafakat nasional
Umno dan PAS pernah bekerjasama di bawah Muafakat Nasional yang ‘terkubur’ menjelang PRU15.
PETALING JAYA:

Hubungan Umno dan PAS sukar dipulihkan dalam masa terdekat walaupun Presiden PAS Hadi Awang sekali lagi mengajak kedua-dua parti bermuzakarah atas dasar perpaduan Islam, kata penganalisis.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata halangan utama bukan sekadar perbezaan pendirian semasa, tetapi sejarah persaingan panjang antara Umno dan PAS untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu.

Beliau berkata, pengalaman Muafakat Nasional (MN) menunjukkan kerjasama dua parti Melayu itu tidak mudah dipertahankan apabila kepentingan politik masing-masing mula bercanggah.

“Umno dan PAS sukar untuk bersama walaupun kedua-duanya parti Melayu kerana pertimbangan politik.

“PAS dan Umno adalah pesaing tradisional sejak dahulu untuk mendapatkan undi Melayu,” katanya kepada FMT sambil menyifatkan cadangan muzakarah bukan perkara baharu.

Beliau mengulas catatan Minda Presiden…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Mohamad Fadli


Previous post

Sukan

Hull selangkah ke EPL

London: Hull City hanya selangkah daripada kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menamatkan impian Millwall dengan kemenangan 2-0 di tempat lawan pada aksi separuh akhir kedua aksi playoff Championship, awal pagi tadi.

today12 May 2026