NIBONG TEBAL: Hujan diramal berlaku pada pada hari penamaan calon bagi PRK Sungai Bakap di sini esok, pada sebelah pagi dan petang.
Menurut laman sesawang Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, cuaca diramalkan baik dan tiada hujan pada sebelah malamnya.
MetMalaysia dalam hantaran di laman Facebook mengingatkan mereka yang terlibat dengan proses penamaan calon esok agar merancang perjalanan mereka dengan sebaiknya.
Proses penamaan calon PRK Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini akan bermula 9 pagi esok.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing esok dan 2 Julai.
PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas.