Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hujan ‘ujian’ pertama proses penamaan calon DUN Bukit Sari, Ba’kelalan

today6 December 2021

Background



Setakat jam 8 pagi, hujan gerimis, keadaan dingin dan kabus menyelubungi beberapa kawasan di Pekan Lawas. (Gambar Bernama)

LAWAS: Hujan lebat berterusan sejak malam tadi sehingga awal pagi ini di Lawas menjadi ‘ujian’ pertama bagi proses penamaan calon pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-12 melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari dan Ba’Kelalan.

Proses penamaan calon bermula jam 9 pagi. Bagi DUN Bukit Sari, ia berlangsung di Majlis Daerah Lawas, manakala bagi DUN Ba’kelalan di bangunan lama Majlis Daerah Lawas, yang terletak kira-kira dua kilometer dari Majlis Daerah Lawas.

Setakat jam 8 pagi, hujan gerimis, keadaan dingin dan kabus menyelubungi beberapa kawasan di Pekan Lawas.

Di Majlis Daerah Lawas, petugas media dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama anggota keselamatan dan kesihatan mula berada di situ seawal jam 7 pagi, iaitu dua jam sebelum proses penamaan calon bermula.

Terdapat khemah khas disediakan bagi individu yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post