Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Hukum semua termasuk presiden saya’, kata Hamzah berkait kehilangan kedaulatan Batu Puteh

today12 December 2024

Background


hamzah zainudin
Hamzah Zainudin menegaskan kesalahan berkait Batu Puteh tidak boleh diletak pada Dr Mahathir Mohamad sahaja kerana ia tanggungjawab kolektif.

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin menggesa semua ahli Jemaah Menteri terbabit dalam pengendalian penyerahan kedaulatan Batu Puteh sewaktu pentadbiran Dr Mahathir Mohamad pada Mei 2018 dihukum.

Ahli Parlimen Larut dari Perikatan Nasional (PN) itu mempersoalkan mengapa hanya ada desakan supaya tindakan diambil terhadap Mahathir yang menjadi perdana menteri kali kedua ketika peristiwa terbabit berlaku.

“Apakah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) (mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan) ini hanya untuk menghukum seseorang? Saya hairan dalam laporan ada disebut berkait tatakelola dan pegawai kerajaan, tetapi semua persoalan dituju kepada Mahathir.

“Adakah ini untuk menghukum atau cari kesalahan Dr M sahaja? Seluruh Kabinet juga harus diambil kira kerana ia tanggungjawab kolektif.

“Kalau nak hukum PM, hukum juga TPM…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Mohamad Fadli


Previous post

Sukan

Kes rogol babitkan Kylian Mbappe ditutup

Stockholm: Siasatan terhadap tuduhan rogol dan serangan seksual di Stockholm yang dikatakan membabitkan penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe ditutup akibat kekurangan bukti, kata pihak pendakwa raya Sweden.

today12 December 2024