Islam merupakan agama yang menetapkan syariat serta panduan dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk adab seharian seperti dalam hal meniup makanan dan minuman panas.
Artikel Berkaitan: Mak-Mak Dilema Anak Menangis Waktu Solat Tapi Boleh Ke Berhenti Separuh Jalan? Ini Penjelasannya
Artikel Berkaitan: Trend ’67’ Di TikTok: Sekadar Jenaka Atau Ritual Keagamaan?
Hukumnya makruh tanzih

Perbincangan mengenai hukum meniup makanan dan minuman daripada hadis Rasulullah S.A.W. dan Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Baginda melarang perbuatan bernafas dan meniup ke dalam makanan atau minuman.
Rasulullah S.A.W. melarang seseorang menghembuskan nafas atau meniup ke dalam makanan atau minuman.
Majoriti ulama bersepakat bahawa meniup makanan atau minuman hukumnya makruh tanzih, iaitu perbuatan yang tidak disukai dalam Islam tetapi tidak berdosa jika dilakukan.
Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa larangan tersebut bertujuan mengelakkan makanan dan minuman daripada tercemar akibat air liur, bau…