Hot FM

Hukuman mati 2 bekas polis ditukar penjara 40 tahun


Mahkamah Persekutuan menukar hukuman mati yang dikenakan terhadap Ailias Yahya dan Saiful Azlan Shah Abdullah kepada hukuman penjara 40 tahun.

PUTRAJAYA: Dua bekas anggota polis terlepas hukuman gantung selepas panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dikenakan terhadap mereka, dengan hukuman penjara 40 tahun bagi kesalahan membunuh seorang mekanik Indonesia 18 tahun lalu.

Panel yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, Hakim Mahkamah Persekutuan Nordin Hassan dan Vazeer Alam Mydin Meera, membenarkan permohonan semakan oleh Ailias Yahya dan Saiful Azlan Shah Abdullah di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.

Kedua-dua mereka yang sudah dipenjara selama 18 tahun dan tiga bulan, diperintah menjalani baki hukuman penjara bermula dari penahanan mereka pada 22 Jan 2006.

Mahkamah sebelum ini menolak permintaan Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi untuk…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version