Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hukuman mati lelaki bunuh isteri hamil diganti penjara 35 tahun

today27 March 2024

Background


Mahkamah Persekutuan turut memerintahkan T Paramasparan dikenakan 12 sebatan rotan. (Gambar Freepik)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memerintahkan hukuman mati terhadap seorang peniaga kerana membunuh isterinya yang sarat mengandung pada 2002, digantikan kepada penjara 35 tahun.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Zabariah Yusof turut memerintahkan T Paramasparan, 45, dihukum 12 sebatan rotan kerana membunuh isterinya S Mageswary selepas berang apabila wanita itu mengaku hamil anak lelaki lain.

Turut bersidang, Hakim Nordin Hassan dan Hakim Abu Bakar Jais.

Mahkamah juga memerintahkan hukuman penjara Paramasparan bermula dari 29 Okt 2022.

Kes Paramasparan dikemukakan di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.

Terdahulu, peguam T Vijayandran menggesa mahkamah menggantikan hukuman mati dengan penjara 35 tahun kerana Paramasparan tiada niat untuk membunuh isterinya ketika memukul mangsa menggunakan kayu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post