Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hukuman mati pembunuh warga emas diganti penjara 35 tahun

today28 November 2023

Background


Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan semak hukuman daripada mereka yang menanti hukuman mati, seperti dibolehkan oleh undang-undang.

PUTRAJAYA: Hukuman mati ke atas tiga lelaki bagi kesalahan membunuh seorang warga emas 13 tahun lalu digantikan dengan pemenjaraan selama 35 tahun.

Panel penilaian Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Zabidin Diah memerintahkan tempoh pemenjaraan Ranjitkumar, 37; S Gobi, 42; and E Sangkar, 41, bermula dari tarikh tangkapan masing-masing pada 2010 dan 2011.

Mahkamah turut memerintahkan mereka disebat dengan 12 sebatan rotan.

Pindaan undang-undang awal tahun ini memansuhkan hukuman mati mandatori dan memberikan hakim hukuman alternatif bagi kesalahan membunuh, iaitu penjara dengan tempoh antara 30 dan 40 tahun.

Tiga individu terbabit memohon hukuman mereka disemak mengikut Akta Semakan Hukuman Mati Dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan).

Mahkamah Persekutuan pada 23 Mac 2017 mengekalkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post

Sukan

Permulaan kejayaan lebih gemilang

Kuala Lumpur: Kejayaan skuad Bawah 23 Tahun negara (B-23) beraksi di Piala Asia B-23 di Qatar pada April tahun depan adalah permulaan kepada kejayaan lebih gemilang selepas ini.

today28 November 2023