
PETALING JAYA: Pemenjaraan bekas perdana menteri Najib Razak tidak menjejaskan jentera pilihan raya Umno bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata ketua penerangan parti Shahril Hamdan.
Walaupun mengakui Najib dianggap aset dalam kempen parti, Shahril menegaskan “jentera pilihan raya tidak tertakluk hanya pada satu orang”.
“Hakikatnya, rangkaian Umno adalah meluas, dan mana-mana pemimpin parti pasti mengakui rangkaian akar umbi menjadi kekuatan utamanya,” katanya kepada Nikkei Asia.
Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram, dan pecah amanah jenayah melibatkan RM42 juta dana SRC International.
Walaupun Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya…