
PETALING JAYA: Pelaksanaan hukuman sebat seorang pesalah khalwat di sebuah masjid Jumaat ini ditangguhkan sementara menunggu perintah Mahkamah Rayuan Syariah.
Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata permohonan semakan difailkan kepada mahkamah semalam.
“Permohonan semakan perkara biasa dalam sistem kehakiman dan boleh dilakukan mana-mana pihak bagi melihat setiap hukuman berjalan lebih teratur dan tersusun.
“Semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi, sebaliknya menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pihak Mahkamah Syariah,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau menjangkakan hukuman itu akan dilaksanakan dalam bulan ini juga.
“Hukuman dikenakan serta lokasi pelaksanaan hukuman itu tidak berubah, cuma menunggu tarikh baharu dan…