
KUALA LUMPUR: Beberapa peguam menyifatkan kemenangan Malaysia susulan keputusan Mahkamah Sepanyol yang mendapati penimbang tara Gonzalo Stampa bersalah menghina mahkamah adalah bukti kesungguhan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim mempertahankan kedaulatan negara.
Peguam Syed Iskandar Syed Jaafar, berkata usaha kerajaan bagi menghentikan tindakan Stampa daripada terus mengganggu-gugat Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila Mahkamah Sepanyol memutuskan penimbang tara itu bersalah dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan.
“Kemenangan hari ini bukti kesungguhan dan komitmen kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah tanah air kita,” katanya, menurut Bernama.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said menerusi akaun X berkata selain hukuman penjara, mahkamah sama turut melarang Stampa…