Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Hun Haqeem Terkejut Dengan Pemergian Syazlin Zainal – “Dia Tak Lokek Senyuman”

today11 November 2022

Background

Berita pemergian pelakon Allayarhamah Syazlin Zainal, 26, yang meninggal secara tiba-tiba pada Khamis telah mengejutkan ramai pihak dan juga rakan selebriti.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, aktor Hun Haqeem berkongsi keperibadian Syazlin yang menyifatkannya seorang sangat pemurah dengan senyuman setiap kali berada di set lokasi penggambaran.

“Dia selalu senyum sahaja ketika di set penggambaran, sangat berdedikasi kepada kerjaya, selalu fokus dan mahukan yang terbaik setiap hari.

“Berita pemergian awak buat selamanya amat merobekkan hati kami semua, Alin. Semoga awak tenang di sana, doa saya akan sentiasa mengiringi awak,” ujar Hun di Instagram Story miliknya.

Antara rakan-rakan selebriti yang turut berdukacita dengan berita pemergian pempengaruh ini adalah Anna Jobling, Sharifah Shahora, Nabila Razali dan Fasha Sandha.

Menjengah ke Instagram Syazlin, ramai peminatnya berterima kasih kepada penjaga Instagram tersebut kerana memadam semua gambar selebriti kegemaran mereka yang tidak menutup aurat.

Malah, akaun Instagram Syazlin juga telah pun dinyahaktifkan.

Sekadar info, Syazlin pernah membintangi drama televisyen iaitu Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda, dan Ada Yang Ngikut.

Kredit foto: Kosmo, Harian Metro

Artikel Berkaitan: Tak Berlakon Dalam Kampung People 3, Peminat Mahukan Hun Haqeem – “Dia Hidupkan Watak Baby Boo Jekfer”

Written by: Aqilah


Previous post