
PETALING JAYA: Pelakon, Rozita Che Wan atau terkenal sebagai Che Ta, membayar RM550,000 daripada hutang hampir RM1 juta kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Pengerusi Mara, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata bayaran tersebut diterima sehingga Jumaat lalu dan tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap Rozita ditangguhkan.
“Baki hutang tertunggak hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan sebelum penghujung Mac,” katanya di Facebook.
Pada 12 Dis, Mara dalam proses pemfailan kebankrapan ke atas Rozita dan anaknya, Amar Effendy, kerana gagal membayar pinjaman hampir RM1 juta sejak 2017.
Difahamkan, pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat syarikat milik pelakon itu, RCW Worldwide Sdn Bhd, dengan Rozita dan anaknya sebagai penjamin.
Asyraf berkata tindakan kebankrapan akan dihentikan jika Rozita membayar sepenuhnya pinjaman itu susulan…