Hot FM

Hutang isi rumah RM1.53 trilion, pinjaman perumahan paling tinggi


Bahagian terbesar hutang isi rumah ialah pinjaman perumahan iaitu sebanyak 60.5%, menurut Kementerian Kewangan.

PETALING JAYA: Jumlah hutang isi rumah direkodkan berjumlah RM1.53 trilion pada akhir 2023, menurut Kementerian Kewangan.

Menteri Anwar Ibrahim berkata bahagian terbesar hutang isi rumah mengikut jenis pembiayaan ialah pinjaman perumahan (60.5%), diikuti pinjaman kenderaan (13.2%), dan pembiayaan peribadi (12.6%).

Secara agregatnya, jumlah hutang isi rumah bagi tahun-tahun sebelumnya adalah RM1.45 trilion pada 2022, RM1.38 trilion pada 2021, RM1.32 trilion pada 2020, RM1.25 trilion pada 2019, dan RM1.19 trilion pada 2018.

“Nisbah hutang isi rumah berbanding KDNK pada akhir tahun 2023 pula meningkat sedikit kepada 84.2% berbanding tahun 2018 (82%),” katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Anwar yang juga perdana menteri menjawab pertanyaan Paak Hok Liong (PH-Labis) yang meminta menteri menyatakan hutang isi rumah agregat negara bagi tahun 2018…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version