Hot FM

“I See Lara” – Scha Alyahya Throwback Foto 2006

Selebriti popular Scha Alyahya menarik perhatian netizen selepas memuat naik fotonya ketika zaman muda.

Patah semula ke tahun 2006, foto throwback itu dikongsikan Scha, 36, menerusi laman Instagram miliknya pada 10 Mac lalu dan kini meraih lebih 86,900 jumlah likes.

“Wow zaman 2006 ni. kening tu nak ke mana Ya Allah ? pipi pau ni memang wujud sejak zaman dahulu kala lagi ye ..,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut menyatakan wajah Scha saling tak tumpah seperti wajah anak gadisnya, Lara.

Untuk rekod,  Scha dan suami Awal Ashaari telah berkahwin pada 4 Mei 2012 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Lara Alana yang kini berusia lima tahun.

Exit mobile version