Menerusi video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Faiz itu menceritakan pada awalnya rumahnya masih berada dalam keadaan selamat, manakala rumah-rumah di bahagian belakang sudah mula dinaiki air.
Namun, tidak lama selepas itu air sudah mula melimpahi kawasan rumahnya dengan arus yang sangat deras. Dia kemudian memindahkan ahli keluarganya ke seberang jalan yang lebih tinggi dan selamat.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia berkongsi keadaan menghadapi detik cemas itu, dia sempat melaungkan azan meminta pertolongan daripada Allah SWT.
“Saya berdiri di sini (anjung rumah), menghadap ke arah kiblat. Saya azan sehingga habis. Saya dapati air langsung tidak masuk ke dalam rumah.
“Air hanya lalu sahaja. Walaupun arusnya deras, ia hanya lalu sahaja. Ia tidak masuk ke dalam rumah,” katanya.