Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ibu 3 anak mengaku tak salah pecah amanah lebih RM580,000

today23 July 2024

Background


mahkamah Sesyen Butterworth
Tertuduh, Fatin Atikah Abdul Halim, 35, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas 28 pertuduhan melakukan pecah amanah wang syarikat lebih RM580,000.

PETALING JAYA: Ibu tiga anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas 28 pertuduhan melakukan pecah amanah wang syarikat lebih RM580,000, dua tahun lalu.

Tertuduh, Fatin Atikah Abdul Halim, 35, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Noor Aini Yusof, menurut Berita Harian.

Berdasarkan pertuduhan, dia yang ketika itu bekerja sebagai eksekutif akaun dan pentadbiran kepada syarikat Mihasi Enterprise (M) Sdn Bhd, melakukan pecah amanah dengan memindahkan wang keseluruhan berjumlah RM581,492.45 secara berperingkat ke dalam akaun bank miliknya.

Kesalahan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan di premis Jalan Pengkalan MK6 Bukit Tengah dalam daerah Seberang Perai Tengah antara April 2022 hingga Jun 2023 dan sabit kesalahan boleh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Azizul imbau kali pertama ke Olimpik

Kuala Lumpur: Prospek pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Azizulhasni Awang mengimbas kembali kenangan manis ketika kali pertama tampil beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu pada 2008 dekat Beijing.

today23 July 2024