Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ibu bapa berang kes positif di MRSM Batu Pahat, beberapa hari selepas Karnival Keluarga Malaysia

today25 February 2022

Background



Hampir 50 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengadu tidak sihat, demam, dan muntah-muntah setakat ini, selepas empat kes positif pertama dilaporkan semalam, beberapa hari selepas ibu bapa pelajar mengkritik penganjuran Karnival Keluarga Malaysia, di institusi itu.

PETALING JAYA: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat melaporkan kes positif dan diarah menutup asrama, FMT diberitahu, beberapa hari selepas ibu bapa mengkritik penganjuran Karnival Keluarga Malaysia di situ ketika anak mereka sedang bersedia untuk SPM.

Ibu bapa yang dihubungi FMT memberitahu setakat ini 13 pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan disahkan positif selepas menjalani ujian RTK-Antigen.

FMT juga diberitahu hampir 50 pelajar mengadu tidak sihat, demam, dan muntah-muntah setakat ini, selepas empat kes positif pertama dilaporkan semalam.

Belum dapat dipastikan penularan terbaharu ini mempunyai kaitan dengan Karnival Keluarga Malaysia, yang berlangsung di MRSM Batu Pahat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nora Mahpar


Previous post

Sukan

Piala Sumbangsih 2022: “Kalau JDT Kalah Esok, Saya Tinggalkan Bola Sepak Sepenuhnya”

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan akan meninggalkan sukan bola sepak jika Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan akan meninggalkan sukan bola sepak jika pasukannya tewas kepada Kuala Lumpur City (KL City) dalam perebutan Piala Sumbangsih 2022 di Stadium Sultan Ibrahim esok.

today25 February 2022