Hot FM

Ibu bapa khuatir guru berpolitik akan ‘racun’ anak dengan fahaman parti



Pakar pendidikan berpandangan guru yang berminat untuk terlibat dengan politik ‘sangat kecil’ daripada jumlah keseluruhan guru, yang kira-kira lebih 420,000 orang.

PETALING JAYA: Segelintir ibu bapa khuatir langkah membenarkan guru berpolitik akan meracuni pemikiran anak mereka dengan fahaman parti politik, lagi-lagi jika cikgu berkenaan mahu merekrut ahli baharu.

Berkongsi kegusaran itu dengan FMT, Nasuha Badrul Huzaini, tertanya bagaimana seorang guru mahu memberikan komitmen yang tinggi kepada murid jika pemikirannya sibuk dengan hal politik.

“Tidak mustahil pengajaran di dalam kelas akan dijadikan sebagai ruang untuk berbicara hal politik. Jangan doktrinkan anak-anak dengan (fahaman) parti politik. Fokuslah pada kerja hakiki,” katanya.

Nas Norziela Nasbah juga tertanya bagaimana seorang guru berpolitik akan mengimbangi kerjaya yang sibuk dengan aktiviti kepartian.

“Apabila guru berkenaan didapati tidak hadir ke sekolah kerana terdapat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version