
PETALING JAYA: Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengabai kanak-kanak autisme itu pada Disember tahun lalu.
Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masing-masing berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syahliza Warnoh.
Zayn dilaporkan hilang di Damansara Damai pada 5 Dis tahun lalu sebelum ditemukan meninggal dunia keesokannya.
Laporan bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badannya akibat mempertahankan diri.
BERITA LANJUT MENYUSUL