Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ibu Dakwa Projek Drama Gugurkan Nama Puteri Balqis Gara-Gara Isu Kes Cabul

today8 September 2022

Background

Nama pelakon remaja, Puteri Balqis, 15, atau lebih mesra disapa Aqish didakwa telah digugurkan daripada penggambaran drama susulan kontroversi terpalit kes cabul.

Dakwaan itu dibuat oleh ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang meluahkan rasa bimbang terhadap masa depan kerjaya puterinya itu.

β€œSedih untuk beritahu, tawaran kerja untuk drama sebanyak 14 episod ditarik balik. Biasalah kes tengah viral.

β€œSaya juga bimbang jualan buku juga akan perlahan,” dakwanya.

Selain aktif dalam bidang seni, Aqish turut menjual buku hasil nukilannya sendiri iaitu 38 Poems of Puteri Balqis demi meraih pendapatan.

Sebelum ini, sumber mendakwa Aqish dan ibunya disahkan hidap PTSD selepas berjumpa dengan pakar psikiatri akibat trauma melampau menjadi mangsa gangguan seksual bapanya.

Artikel Berkaitan:Β Dikatakan Trauma Akibat Dicabul Bapa, Sumber Dakwa Puteri Balqis & Ibu Hidap PTSD Selepas Jumpa Pakar Psikiatri

Pendedahan berani mati Aqish telah mengejut ramai pihak yang meluahkan perbuatan keju bapanya menerusi platform podcast bersama YouTuber Bros Gang TV pada Sabtu lalu.

Aktres Akulah Balqis itu telahpun membuat laporan polis berhubung dakwaannya di Balai Polis Sri Damansara, Petaling Jaya Selangor pada Isnin lalu.

Terbaru, pihak polis mengesahkan bapa Aqish telah ditahan di Kedah pada jam 2:25 petang semalam.

Artikel Berkaitan:Β Bapa Puteri Balqis Sah Ditahan Reman Atas 3 Pertuduhan!


Kes disiasat dibawah Seksyen 149(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika didapati bersalah.

Sumber: Boom!

Written by: Salma