Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ibu kanak-kanak hilang mohon henti sebar maklumat tak tepat

today22 July 2024

Background


Leo Qieo Xin memohon orang ramai menghentikan penyebaran maklumat tidak tepat mengenai anaknya, Albertine Leo Jia Hui.

ISKANDAR PUTERI: Ibu kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ketika berada di sebuah pusat beli-belah, Sabtu lepas, memohon orang ramai menghentikan penyebaran maklumat tidak tepat mengenai anaknya sehingga menjejaskan siasatan polis.

Leo Qieo Xin, 37, yang berada di pusat beli-belah berkenaan sejak kejadian itu berlaku berkata dia sangat khuatir akan keselamatan Albertine Leo Jia Hui, 6, yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik.

Wanita itu juga memaklumkan beliau akan terus berada di lokasi kehilangan sehingga kanak-kanak itu dijumpai.

“Saya sangat marah dan kecewa apabila banyak berita tidak tepat mengaitkan hal kehilangan anak saya. Tolonglah hentikan… saya sangat sedih dengan kejadian ini. Saya tidak selera makan sebab terlalu risau,” katanya kepada pemberita.

Kejadian itu difahamkan berlaku ketika berlangsungnya festival Bon Odori dengan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post